Thursday, December 4, 2008

Sejarah Sekolah Menengah Agama Darul Falah


Dikalangan masyarakat Islam Melaka, beliau terkenal dengan panggilan Hj Hassan Al – Hafiz atau nama sebenar beliau ialah Haji Hassan bin Abu Bakar, pengasas dan pengetua pertama pertama Madrasah Al-Falah, satu-satunya Sekolah Agama Rakyat yang paling terkemuka di negeri Hang Tuah ini khasnya dan di bahagian Selatan Tanah Melayu amnya pada waktu itu.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Sungai Baru, Melaka. Ketika berusia 14 tahun, beliau menyambung pelajarannya di Pondok Kenali, Kelantan selama lima tahun dari 1922 – 1927. Kemudian, beliau berangkat ke Tanah Arab pada tahun 1927 untuk mendalami dan mempelajari ilmu agama di Madrasah Al-Falah, Makkah Al-Mukarramah. Antara tuan guru beliau ialah Syeikh Hassan Al-Yamani, Sheikh Mokhtar Al-Atar, Sheikh Omar Sembawa, dan lain-lain lagi. Selepas tamat pengajiannya, beliau pulang ke tanah air pada tahun 1932, dan menjadi Imam di Kuala Sungai Baru, Melaka.

Pada tahun keramat 1937, beliau telah menubuhkan sebuah madrasah yang dikenali sebagai Madrasah Al-Falah di Kampung Kuala Sungai Baru, Melaka dengan berbekalkan keluasan lebih kurang tiga ekar tanah di sekitar kawasan Pantai Kuala Sungai Baru, Melaka yang telah diwakafkan oleh beliau sendiri dan sebahagiannya daripada rakan beliau iaitu Hj Muhammad Belimbing.

Bentuk pengajian ketika itu adalah bercirikan sistem pondok yang merangkumi semua aspek ilmu sama ada Syariah, Usuluddin, Hadis, Tasawuf, dan sebagainya. Objektif penubuhannya adalah untuk menyebarkan ilmu pendidikan kepada generasi Islam. Pada peringkat awal, bilangan pelajarnya adalah amat terhad iaitu seramai lebih kurang 100 orang yang terdiri daripada Jambi Indonesia, Lingga, dan sebagainya.

Malangnya, setelah menerajui Madrasah Al-Falah selama empat tahun, Madrasah terpaksa ditutup kerana keadaan negeri yang huru-hara dengan kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu yang tercetusnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 – 1945. Zaman kegemilangan perjuangan Madrasah Al-Falah dipulih dan dibangunkan semula oleh anaknya sendiri iaitu Ustaz Abdul Rahman bin Hj Hassan pada awal Muharram 1983 Masihi.

Pada tahun 1985, pelajar Madrasah Al-Falah hampir kepada 600 orang pelajar yang terdiri 50% daripadanya adalah penduduk negeri Melaka dan selebihnya adalah dari negeri di seluruh Malaysia. Jumlah tenaga pengajarnya ketika itu adalah seramai 31 orang.

Pada 9 April 1993, Madrasah Al-Falah telah mengadakan satu perjanjian MOU dengan pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diwakili oleh Y.A.B Tan Sri Haji Abdul Rahim bin Datuk Thamby Chik yang memfokuskan pengambil alihan pentadbiran madrasah secara berperingkat-peringkat.

Kini, Madrasah Al-Falah telah bertapak di bawah naungan payung Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan nama ”Sekolah Menengah Arab (JAIM) Darul Falah ”.

Sejurus selepas itu, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengambil alih tanah seluas 20 ekar untuk projek membangunkan SMA (JAIM) Darul Falah. Pada 23 Jun 1998, projek pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Arab (JAIM) Darul Falah telah siap dibina dan pada 27 Jun 1998, proses pemindahan semua sistem pembelajaran dan pengajarannya ke bangunan baru dilakukan di bawah pucuk kepimpinan Ustaz Baderi bin Saidin sehingga Februari 2000.

Projek pembinaan bangunan baru asrama putera yang terletak di sebelah bangunan sekolah telah dijalankan pada 02 Mei 2002 dan dibiayai oleh Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka. Pada bulan Jun 2003, projek pembinaan bangunan baru asrama putera telah siap dibina.

Sekolah Menengah Arab (JAIM) Darul Falah telah diambil sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dibawah Jabatan Agama Pendidikan Islam Malaysia (JAPIM) pada 1 Januari 2006 dan Sekolah ini termasuklah dikalangan 93 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang telah di ambil alih oleh kementerian

2 comments:

kushairi.jelani said...

assalamualaikum.....
boleh dikemaskini maklumat selanjutnya berkaitan SMADF.
sekian wassalam

Unknown said...

Sekolah saye...Allah..rindu sgt tempat ni..sekolah asrama pantai..bngunan lama dlm kenangan.. kini semakin maju seiring dgn pmbangunan semasa.
Zmn sye sekolah 1993-1998...

Pengenalan

Komuniti siber ini diwujudkan bagi menghimpunkan semula warga SMADF disamping mengeratkan talian silaturrahim yang telah lama terpisah. Email: alumnismadf@gmail.com

Bicara Ukhuwah


ShoutMix chat widget
 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates | Distributed by All blogspot templates